Tuesday, 13 August 2013

حبل من الله حبل من الناس

بسم الله الرحمن الرحيم

HUBUNGAN SILATURRAHIM ..

Tiba -tiba berminat hendak bercakap mengenai silaturrahim .. Sebab , mungkin diri ini berasa telah melakukan kesilapan dari segi tingkah laku mahupun bicara kata , memutuskan hubungan persaudaraan sehingga ada yang terasa ,  .. MAAFKAN ANA JIKA ADA TERKASAR BAHASA MAHUPUN TERLANJUR BICARA .. 
===> kepada semua sahabat , kaum kerabat , junior2 ku dan yang mengenali diri ini ..
 "HORMATI YANG LEBIH TUA , KASIHI YANG MUDA"
~SALING MEMPERBAIKI  ANTARA  SATU  SAMA  LAIN~ ., 
#sosweet
Manusia masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan . Bukan semuanya perfect , maksum , mahupun sempurna peribadinya . Kita mestilah mengenali dirinya . Melainkan kaum Adam dan kaum Hawa , mestilah menjaga batasannya . Tidak salah hendak menghubungkan silaturrahim sesama kita . Kerana terdapat
banyak cara untuk menghubungkan silaturrahim sebenarnya .!! Nanti ana beritahu sedikit cara-caranya .. huhu :)

HUKUM MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Nabi juga bersabda :-
“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain , Nabi juga ada bersabda :-
  " 'Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata' : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )
Inilah perkara yang biasa dan sering berlaku di sekeliling kita , adanya masalah persefahaman , pergaduhan dan pertengkaran yang menyebabkan hubungan silaturrahim kita terputus .



Riwayat bukhari : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam"
(Al-Bukhari)

Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi ,menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

~to be continued~

Wednesday, 21 November 2012

~ Jangan Sesekali Kamu ~



Suasana Yang Indah
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya .

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya .

Jangan sesekali kamu menatap tepat pada matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka .

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu .

Jangan sesekali diri kamu mengatakan " aku cinta padamu " sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta .

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya , sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita .

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya , kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah .

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum . Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari - harimu yang gelap menjadi cerah .

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi , kerana mereka sentiasa takut akan azab ALLAH dan cinta kepada ALLAH ..

Namun ..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi , kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-Nya .

Friday, 28 September 2012

Banyak Ketawa Buat Hati Mati .

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan.
Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai  
keadaan hidup yang memerlukan tindakan 
mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan 
kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa 
selalunya menjadi manifestasi keriangan dan
kepuasan yang tidak semua insan dapat
merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa 
kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun,
sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, maka
syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya
untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang
sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu
yang semula jadi tercipta.

Semoga kita akan sama - sama berusaha mengwal diri daripada
menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku, maka akan
hilangflah
kenikmatan hidup unytuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

WASSALAM...

Saturday, 15 September 2012

Hikmah 5 Jari

Pelbagai  hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima..


Cuba perhatikan perlahan - perlahan jari anda.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
Renung dalam - dalam. Kewajipan solat lima waktu 
jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di 
atas meja, perhatikan......
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan
kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan 
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus 
membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada 
kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi 
kesan yang besar pada masa depan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti
jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk 
cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira...
Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan
pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini,
anda sudah baligh dan mukallaf. Pastinya sudah
dipertanggungjawabkan segala amalan di
hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman
remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian
menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang
itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati - hati kerana di 
kala ini banyak "hantu - hantu pengacau" yang
datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak,
hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus 
masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru
itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah S.W.T ketika solat. Genggamkan
kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya
ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan 
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini,
hendaklah tampil sebagai model kepada generasi
baru dan pembimbing yang kaya dengan idea 
bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang
membanggakan. Tugasnya membenarkan
sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.
Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepda orang 
tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk
mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata 
"good" atau "yes" sambil menggenggam semua 
jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia 
kejayaan anda..

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda
yang kelima - limanya itu. Renung dan fikir
dalam - dalam.
Dimanakah anda sekarang???

                                                                    ~والله اعلم بالصواب ~


9 Jenis Anak Syaitan

Saidina Umar al- Khattab R.A berkata , terdapat 9 jenis anak syaitan:


  1. Zalitun - Duduk di pasar/ kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang - barang yang tidak perlu.
  2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
  3. A'awan - Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'.
  4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat- tempat maksiat.( Contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
  5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
  6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata - kata mulut.
  7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai -berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak - anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tanhgga lagi)
  8. Walahan - Menimbulkan rasa was - was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat - ibadat kita yang lain.
  9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
http://www.youtube.com/watch?v=gm6iibWf-bo
' AMALKANLAH DOA INI'

Thursday, 15 March 2012

Kelebihan Orang-Orang Yang Keluar di Jalan ALLAH

Saya ingin berkongsi ilmu atau cerita mengenai orang-orang yang keluar di jalan ALLAH..Pernahkah kita fikir tentang risau Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. terhadap umatnya??
Seharusnya kita sebagai umat Islam iaitu umat Nabi Muhammad S.A.W perlu bersyukur kerana umat Nabi Muhammad ini ALLAH memberi ganjaran yang lebih kepada seseorang itu lebih daripada umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad...
Berbalik pada topik asal..ustaz ana ada mengatakan bahawa orang yang keluar Fi Sabilillah ni..malaikat akan melebarkan sayapnya dan tumbuhan-tumbuhan akan memohon keampunan kepada ALLAh baginya..itulah antara kelebihan-kelebihan orang yang keluar Fi Sabilillah..
Ana ada sebuah cerita, ada satu jemaah tabligh ,,masa tu program depe ialah pergi melakukan ziarah rumah ke rumah(Gash) untuk menjalankan usaha dakwah..semasa jemaah tabligh ni berjalan di sepanjang jalan di tempat itu,kebetulan di sepanjang deretan rumah tersebut ada membela ayam dan sebaik sahaja jemaah tabligh ni berjalan ..tibe-tibe ayam-ayam tersebut berkokok...persoalannya di sini,mengapa ayam - ayam tersebut berkokok?? 
Jawapannya ialah ayam -ayam itu berkokok kerana ALLAH memberi kelebihan kepada haiwan ini yang mana mampu melihat malaikat melebarkan sayapnya untuk orang - orang yang keluar Fi Sabilillah berjalan di atas sayap malaikat..
Akhir kalam,,inilah antara bukti kelebihan orang yang keluar Fi Sabilillah..MasyaALLAH..

Tuesday, 3 January 2012

.......pe dye r...ooh..assalamualaikum kpd spe yg bce..

aku akn sllu merindui ko........tbe2 rse rindu plak dah nk dkt skolh nie..
npe yer..??mgkin dh lme x bersua kot,,http://www.youtube.com/watch?v=bIN6h3ug1r0..
npe r ku x leh lupe kn ko kjp je..5 minit un jadi r..x leh 5 minit,,,3 minit un jdi r..
bru smbg ckit..rse nk smbg ag..
mcm ne nk ilng kn rse rindu ney..??