- Zalitun - Duduk di pasar/ kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang - barang yang tidak perlu.
- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
- A'awan - Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama'.
- Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat- tempat maksiat.( Contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
- Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata - kata mulut.
- Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai -berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak - anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tanhgga lagi)
- Walahan - Menimbulkan rasa was - was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat - ibadat kita yang lain.
- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.
' AMALKANLAH DOA INI'
No comments:
Post a Comment