Friday, 28 September 2012

Banyak Ketawa Buat Hati Mati .

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan.
Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai  
keadaan hidup yang memerlukan tindakan 
mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan 
kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa 
selalunya menjadi manifestasi keriangan dan
kepuasan yang tidak semua insan dapat
merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa 
kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun,
sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, maka
syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya
untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang
sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu
yang semula jadi tercipta.

Semoga kita akan sama - sama berusaha mengwal diri daripada
menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku, maka akan
hilangflah
kenikmatan hidup unytuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

WASSALAM...

No comments:

Post a Comment