Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima..
Cuba perhatikan perlahan - perlahan jari anda.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
Renung dalam - dalam. Kewajipan solat lima waktu
jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di
atas meja, perhatikan......
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan
kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus
membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada
kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah
daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi
kesan yang besar pada masa depan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti
jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk
cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira...
Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan
pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini,
anda sudah baligh dan mukallaf. Pastinya sudah
dipertanggungjawabkan segala amalan di
hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman
remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian
menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang
itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati - hati kerana di
kala ini banyak "hantu - hantu pengacau" yang
datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak,
hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus
masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru
itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah S.W.T ketika solat. Genggamkan
kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya
ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini,
hendaklah tampil sebagai model kepada generasi
baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang
membanggakan. Tugasnya membenarkan
sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.
Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepda orang
tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk
mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata
"good" atau "yes" sambil menggenggam semua
jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda..
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda
yang kelima - limanya itu. Renung dan fikir
dalam - dalam.
Dimanakah anda sekarang???
~والله اعلم بالصواب ~
.jpg)
No comments:
Post a Comment