Tuesday, 13 August 2013

حبل من الله حبل من الناس

بسم الله الرحمن الرحيم

HUBUNGAN SILATURRAHIM ..

Tiba -tiba berminat hendak bercakap mengenai silaturrahim .. Sebab , mungkin diri ini berasa telah melakukan kesilapan dari segi tingkah laku mahupun bicara kata , memutuskan hubungan persaudaraan sehingga ada yang terasa ,  .. MAAFKAN ANA JIKA ADA TERKASAR BAHASA MAHUPUN TERLANJUR BICARA .. 
===> kepada semua sahabat , kaum kerabat , junior2 ku dan yang mengenali diri ini ..
 "HORMATI YANG LEBIH TUA , KASIHI YANG MUDA"
~SALING MEMPERBAIKI  ANTARA  SATU  SAMA  LAIN~ ., 
#sosweet
Manusia masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan . Bukan semuanya perfect , maksum , mahupun sempurna peribadinya . Kita mestilah mengenali dirinya . Melainkan kaum Adam dan kaum Hawa , mestilah menjaga batasannya . Tidak salah hendak menghubungkan silaturrahim sesama kita . Kerana terdapat
banyak cara untuk menghubungkan silaturrahim sebenarnya .!! Nanti ana beritahu sedikit cara-caranya .. huhu :)

HUKUM MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad: Ayat 22-23)

Nabi juga bersabda :-
“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain , Nabi juga ada bersabda :-
  " 'Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata' : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )
Inilah perkara yang biasa dan sering berlaku di sekeliling kita , adanya masalah persefahaman , pergaduhan dan pertengkaran yang menyebabkan hubungan silaturrahim kita terputus .



Riwayat bukhari : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam"
(Al-Bukhari)

Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi ,menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

~to be continued~

No comments:

Post a Comment