Wednesday, 21 November 2012

~ Jangan Sesekali Kamu ~



Suasana Yang Indah
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya .

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya .

Jangan sesekali kamu menatap tepat pada matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka .

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu .

Jangan sesekali diri kamu mengatakan " aku cinta padamu " sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta .

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya , sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita .

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya , kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah .

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum . Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari - harimu yang gelap menjadi cerah .

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi , kerana mereka sentiasa takut akan azab ALLAH dan cinta kepada ALLAH ..

Namun ..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi , kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-Nya .

2 comments: